PortalTest

Kemudahan awam yang terdapat di Kampung Parit Mahang boleh disifatkan sebagai sempurna dan lengkap. Hampir keseluruhan penduduk mendapat bekalan elektrik dan air yang mencukupi. Disamping itu, kemudahan-kemudahan asas seperti balairaya, gelanggang sepak takraw, padang bola, jalanraya berturap, pondok telefon, dataran usahawan, surau dan masjid turut terdapat di Kampung Parit Mahang.

Selain daripada kemudahan asas yang terdapat di kawasan kampung, penduduk juga boleh mendapatkan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan lain seperti perbankan, perkhidmatan pos, kesihatan dan keperluan harian di Pekan Ijok dan Pekan Sungai Buloh (Jeram).

 DSC0484

Masjid Nurul Huda Kampung Parit Mahang

 DSC0471

Surau Al-Husna Taman Desa Mahang

 DSC0534

Pusat Desa dan Dataran Rakyat